Tuesday, 8 May 2012

Suatu Permulaan

Manusia...Bermula dari Cinta yang halal melalui lafaz pernikahan hingga proses lahirnya, ianya adalah suatu permulaan. Ibarat kain putih yang belum diwarnakan ibu bapa memainkan peranan sehingga anak mereka dewasa dan mampu berdikari. Sudah pasti, perkara tersebut bukannya mudah bagi sesiapapun namun, itulah kehidupan. Dalam hidup, pasti ada pilihan sukar yang terpaksa dibuat, pasti ada jalan berliku, pasti ada masa sukar, dan pastinya penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan. tetapi, kehidupan juga adalah suatu permulaan kepada sesiapa yang mahukan perubahan. Oleh itu, tekadkan diri, pasakkan dan betulkan niat, teruskan berusaha dan selalu berdoa agar dari yang sukar kelak menjadi mudah.Amin...

No comments:

Post a Comment